Hukum Memegang, Mendengar dan Membaca Al-Qur’an Bagi Wanita Dalam Keadaan Haid

Hukum Memegang, Mendengar dan Membaca Al-Qur’an Bagi Wanita Dalam Keadaan Haid

Hukum Memegang, Mendengar dan Membaca Al-Qur’an Bagi Wanita Dalam Keadaan Haid - Hallo Pembaca Setia Cantik Berhijab News, Pada sharing info yang bermanfaat kali ini yang berjudul " Hukum Memegang, Mendengar dan Membaca Al-Qur’an Bagi Wanita Dalam Keadaan Haid ", saya telah memberikan info terbaru dan yang sedang dibicarakan di jagat sosial media. Semoga isi postingan info yang saya tulis ini dapat bermanfaat untuk kalian semua. okelah, ini dia infonya.

Hukum Memegang, Mendengar dan Membaca Al-Qur’an Bagi Wanita Dalam Keadaan Haid

Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid. Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh.
Dalam hadis sahih, ketika Rasulullah s.a.w. sedang beriktikaf, baginda meminta daripada A’isyah kain sarungnya. A’isyah keberatan untuk memberi, katanya dia sedang haid. Lalu Rasulullah jawab, kamu tidak haid di tangan kamu.
Dalam Sahih al-Bukhari, seorang wanita kulit hitam masuk Islam. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Rasulullah mengizinkannya membuat khemah dan tinggal di dalam masjid. Padahal sebagai seorang wanita, dia akan mengalami putaran haidnya yang normal.
Hadis terakhir ini dijadikan dalil oleh Ibn Hazm bahawa wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid. Oleh itu yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang secara sahih terlarang ketika haidh ialah solat, puasa dan tawaf.
Tambahan
1. Hukum pegang al-Qur’an (musyhaf) tanpa wudhu’
Pendapat muttakhir adalah dibolehkan.

Dalil Al-Qur’an al-Waqi’ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci) telah pun dihapuskan khilafnya kerana ‘orang-orang’ dalam ayat itu adalah Malaikat dan ia berlaku di Lauh Mahfudz. 
Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) telah mengesahkan hal ini. Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas RA.
2. Hukum baca al-Qur’an tanpa wudhu’
Boleh membaca al-Qur’an bagi orang yang tidak berwudhu’ adalah ijma’. Berwudhu’ itu adalah sunnah (Imam Nawawi, atTibyan, bab adab Tilawah)

3. Wanita haidh baca al-Qur’an
Pendapat muttakhir dari al-Albani (Tamam alMinnah), dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) bolehnya wanita haidh membaca al-Qur’an.

Sebab utama: dalil hadis (dalam isu ini) adalah bermasalah.
Walaupun pendapat muttakhir ini menyalahi Jumhur, tapi manhaj salaf, jumhur tidak semestinya benar. Kebenaran ialah bila terbukti dasar dan pegangan jumhur berjaya dibedah siasat semula dan kecacatan dalilnya dikenal pasti.
Sumber: pisangpanas.com


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Hukum Memegang, Mendengar dan Membaca Al-Qur’an Bagi Wanita Dalam Keadaan Haid